Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan.<br /><br />Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.<br /><br />Bagi pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, rakaman sebalik tabir sangat penting bagi membuka mata masyarakat melihat bagaimana mereka yang berada dalam industri seni tanah air bekerja.